Perang Badar
17 Ramadan 2Hijrah, seramai 313 orang Muslim ingin menghadam rombongan kepimpinan Abu Sufiyan yang baru sampai dari Syam. Rombongan kafilah ini dapat mengetahui tentang orang Muslim ingin menghadam dan merampas kembali harta yang dicuri dan diambil secara haram oleh kaum musyrikin mekkah. Maka, dihantar surat oleh Abu Sufian kepada ketua musyrikkin Mekkah. Pada mulanya, seramai 1300 orang kaum musyrikkin pimpinan Abu Hakam(Abu Jahal) yang ingin menghadam kemaraan Muslim yang memblokir route darat kafilah Abu Sufian.
Namun, Abu Sufian berjaya mengelak dari pihak kaum Muslim dengan melalui route laut(pantai) dan menghantar utusan kepada Abu Hakam. Bagaimanapun, Abu Hakam berusaha keras ingin berperang dengan kaum Muslim, pertempuran ini berlaku di Badar dan digelar Badar Akbar.

Mengapakah pertempuran amat penting dalam sejarah Islam?
Pertempuran merupakan pertempuran besar pertama kaum Muslimin berhadapan kaum Musyirikkin selepas berlaku siri peperangan kecil seperti Perang Abwak, Perang Badar Ula dan perang lain-lain. Perang ini juga dikatakan kemenangan pertama umat Islam, dan digelar Perang Pemisah Haq dan Batil.

Sebelum perang bermula, Rasulullah SAW telah memacak khemah berkaitan dengan sumber air(Perigi Badar)-Berdekatan dengan Masjid Arisy', Badar. Rasulullah mendapat idea ini daripada seorang sahabar Rasulullah, untuk menghembuskan perigi di belah selatan Badar supaya menutup sumber air para Musyrikkin Mekkah.
Method ini berjaya, kerana pihak musyrikkin Mekkah kehausan dalam perang dan kurang bersemangat dalam berperang.
Pada kebiasaan tradisi orang Arab, tradisi Mubarazah(Lawan 1 sama 1) merupakan tradisi yang sering berlaku di dalam peperangan untuk melihat kekuatan di masing-masing pihak. Kaum musyirikkin memilih Al Walid, Utbah dan Syaibah sebagai wakil untuk Mubarazah. Manakala di pihak kaum Muslim, kaum Muslim memilih Hamzah bin Abdul Mutallib(Sedara nabi), Saidina Ali r.a dan Ubaidah bin Haritsah. Mubarazah ini dapat dimenangi oleh kaum Muslimin. Namun begity Ubaidah bin Haritsah terkorban di sebelah perutnya akibat ditikam.
Peperangan pun dimulai dengan berakhirnya Mubarazah. Peperangan ini berlaku dengan jayanya oleh kaum Muslimin, kaum Muslimin menggunakan strategi mempertahankan diri. Dengan menyediakan tombak dan panah di kawasan pertahanan agar kaum musyirikkin penat dan kehausan dalam menyerang kaum muslimin.Kaum muslimin berjaya mengambil alih sepenuhnya dalam perang. Maka, turunlah malaikat dari Jabal Malaikat, Badar. Pada masa yang sama, kaum muslimin pun menyerang sehingga berhamburan segala kaum musyirikkin. Dalam berhamburan tersebut, ketua musyirikkin seperti Abu Hakam dan Umaiyah telah dibunuh oleh kaum muslimin.
Dengan takdir Allah peperangan itu telah dimenangi oleh orang Islam, walaupun jumlah yang sikit tetapi keyakinan dan keimanan yang tinggi memeberikan mereka kekuatab dalam menempuh menegakkan syiar Islam yang tercinta.
Bahkan sebahagian kandungan hadis yang diriwayatkan oleh Abdul Qudus ini bercanggah dengan hadis yang sahih yang menyebutkan bahawa Malaikat hanya turun ketika peperangan Badar. Rifa’ah bin Rafi’ al-Zuraqi meriwayatkan bahawa Jibril AS datang bertemu Nabi SAW, dia berkata :
مَا تَعُدُّونَ أَهْلَ بَدْرٍ فِيكُمْ قَالَ: مِنْ أَفْضَلِ المُسْلِمِينَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا قَالَ: وَكَذَلِكَ مَنْ شَهِدَ بَدْرًا مِنَ المَلَائِكَةِ
Apa yang kamu gelarkan atau anggap orang yang menyertai peperangan Badar daripada kalangan kamu? Baginda menjawab : Dia adalah sebaik-baik orang yang beriman. (Perawi hadis ini menyebut) atau kalimah yang seerti dengannya. Baginda menjawab lagi : Begitu juga malaikat yang menyertai peperangan Badar.”

Semoga Allah menjadikan kita sebahagian daripada para syuhada dan bersama mereka di akhirat kelak...
Semoga Allah memberikan pertolongan kepada mujahidin di jalan Allah SWT
Comments
Post a Comment